AL-QURAN KITA………..

assalamualaikum..

sahabat2..jom sama2 kta kenali kitab kta dgn lbh dkat..

harap sahabat2 bg respon ya untuk markah Madkhal Tafsir,IXEU 2107..

tma kaseh..n slamat mbaca..^^,

Biodata Ringkas Al-Quran

Tarikh Diturunkan    : 17 Ramadhan (Lailatul Qadar)
Tempoh Penurunan : 23 tahun
12 tahun 5 bulan 13 hari di Makkah
9 tahun 9 bulan 9 hari di Madinah

Ayat Terawal       : Surah Al-‘Alaq ayat 1-5 di Gua Hira’
Ayat Terakhir       : Khilaf dikalangan ulama’ ada yang mengatakan ayat 3 surah al-Maidah dan ada pula yang mendakwa ayat 281 surah Al-Baqarah..

Walau bagaimanapun, para ulama’ tafsir telah menyatakan bahawa ayat  281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa ‘Akramah Bin Abbas telah berkata : “Ayat yang terakhir ialah ayat 281  Surah Al-Baqarah     yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah”.

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3  Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah  Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan.

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab
Jumlah Ayat          :
6236 ayat, (bukannya 6666 spt yang didakwa oleh majoriti umat)
Bilangan Juzuk      : 30
Jumlah Surah        : 114
Ayat Makkiah        : 86
Ayat Madaniah      : 28


Ciri-Ciri Ayat Makkiah

1. Setiap surah yang ada ayat Sajadah

2. Setiap surah yang ada perkataan Kalla. Terdapat 33 tempat dalam 15 surah.

3. Setiap surah yang terdapat perkataan “Wahai sekelian manusia” kecuali surah Al-Hajj

4.Setiap surah yang menceritakan kisah para nabi dan umat terdahulu kecuali Surah al-Baqarah

5. Setiap surah yang menceritakan kisah Adam dan Iblis kecuali Surah Al-Baqarah

6. Setiap surah yang dimulakan dengan  huruf hijaiah spt Alif Lam Ra, Ha Mim dsbnya kecuali Surah al-Baqarah dan Ali imran

7. Setiap surah yang mendakwahkan manusia kepada tauhid dan mengabdikan diri kepada Allah serta menceritakan tentang alam semester

8. Setiap surah yang membicarakan tentang perkara asas  hukum syara’ dan akhlak serta jenayah

Ciri-Ciri Ayat Madaniah

1. Setiap surah yang terdapat perkara fardhu dan hudud

2. Setiap surah yang terdapat kisah orang munafiq kecuali Al-Ankabut

3. Setiap surah yang menceritakan tentang ahli kitab

4. Setiap surah yang menerangkan tentang ibadah, muamalat, hudud, kekeluargaan, mawarith, hubungan kemasyarakatan, jihad, sistem perundangan dan hubungan antarabangsa serta persoalan perang dan perdamaian.

5. Setiap surah yang menceritakan kisah orang Yahudi dan Nasrani yang mengingkari para Rasul dan mendustakan Rasulullah SAW dan kisah mereka ketika didakwahkan kepada Islam

6. Setiap surah yang mendedahkan perangai orang munafiq, tipu daya dan bahaya mereka kepada umat Islam

(kredit : http://tayibah.com/eIslam/alquran.htm)

27 Komen (+add yours?)

  1. ilman
    Feb 25, 2011 @ 12:32:01

    as salam… terima kasih atas info yang diberikan.. selama ni ingatkan ayat dalam al-quran ade 6666.. rupanya ade 6236.. insyaallah, harap lepas ni dapat teruskan usaha dalam berdakwah..

    Balas

  2. labalaba_muhamadou
    Feb 25, 2011 @ 12:35:04

    salam ziarah , info menarik, mohon share…

    Balas

  3. i my me mine
    Feb 25, 2011 @ 16:42:33

    perkongsian ilmu yg mnarik
    ringkas,mudah dibaca & padat
    x terlalu meleret….
    jelas pbzaan antara ayat makkiah & madaniah

    percubaan yg bgus..truskan usaha……..(^^,)

    Balas

  4. iman
    Feb 25, 2011 @ 17:41:29

    subhanallah… didalam alquran telah tercatat segala kemaslahatan manusia pada masa itu mahupun masa depan yakni zaman kita sekarang..

    Balas

  5. Lieya Musa
    Feb 26, 2011 @ 19:29:34

    syukran atas perkongsian ni…
    al quran tu meliputi semua aspek kpd kita, sbg hmbaNYA yg patut taat & jdikn al quran sbg pedoman & rujukan dlm segala hal dlm kehidupan kita…
    bersyukurlah krn lahirnya kita dgn adanya panduan yg merangkumi aspek2 yg berguna ini…
    moga perkongsian ini dpt membuka mata2 org di luar sana yg tidak yakin dgn kebenaran al quran..inshaAllah…:)

    Balas

  6. qurratul ain
    Feb 26, 2011 @ 20:57:09

    perkongsian yang menarik…cuma..cadangan saya agar ditambah beberapa info yang lebih detail untuk menyemarakkan lagi pengetahuan berkaitan Al-Quran al-karim…

    Balas

  7. popo'
    Feb 27, 2011 @ 01:13:56

    perkongsian yg menarik.
    mmg x dpt dinafikan lg,mklumat2 asas bgini amat perlu dlm memahami al-Quran..kdg2 bnda2 asas cmni la yg dputar belitkan oleh golongan2 yg kafir..

    Balas

  8. aishya
    Feb 28, 2011 @ 01:48:30

    Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat mengenai turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadan bersamaan 13 Ogos 610 Masihi.
    -ustaz Zahazan Mohamed-

    Balas

    • lynnqumie
      Mac 01, 2011 @ 00:56:32

      alhamdulillah…tma kseh ats info anda..ya..spttnya tguran bgini la yg ptt djdkan amalan d klngan kta ssma manusia..supaya sntiasa slg mengingati dan mmperbaiki diri..tma kasih skali lg..;)

      Balas

  9. padiel
    Feb 28, 2011 @ 01:51:38

    sungguh bermakna info dari saudari lynnqumie..walaupun setiap hari kita membaca al quran tidak bermakna kita mengetahui al quran itu sendiri. bak kata orang tak kenak maka tak cinta…jadi kehadiran blog ini telah mendekatkan kecintaan umat islam pada al quran..tidaklah kita membaca “kosong” selepas ini. selain itu juga kita akan menghagai kehadiran dan penurunan al quran di atas muka bumi ini.
    Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

    Balas

  10. siti sifir
    Feb 28, 2011 @ 10:27:56

    bersama2 lah kita menghayati makna ayat2 dlm alquran.. subhanallah..

    Balas

  11. erika nana
    Feb 28, 2011 @ 18:10:47

    TIDAK ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.Al-Quran pembawa cahaya..

    Balas

  12. Uwant_Ann
    Feb 28, 2011 @ 22:51:50

    Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
    1. “Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”
    2. “Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran”
    3. “Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran”

    Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t…wallahu ‘alam..

    Balas

  13. harmini
    Mac 01, 2011 @ 00:53:44

    Marilah kita membaca,memahami dan mengamalakan isi AQ dengan sebaiknya kerana ia hadiah plg bernilai dr Allah bt kita

    Balas

Tinggalkan Jawapan kepada lynnqumie Batal balasan